Quantcast
Channel: Miraa Hussin's Blog
Viewing all 684 articles
Browse latest View live

Fesyen Muslimah Kontemporari di EDZ

$
0
0
Assalamualaikum 💓
Cantik kan? Macam yang korang tahu, semakin hari semakin banyaaaaaak jenama-jenama pakaian Muslimah yang muncul dalam industri fesyen Muslimah di negara kita ni. Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, fenomena ni menunjukkan yang trend pakaian Muslimah semakin menjadi mendapat perhatian ramai especially modern girls yang berhijab gittew. Salah satu jenama pakaian Muslimah online yang berjaya menarik minat ramai hijabista adalah jenama EDZ. 

EDZ yang boleh dikatakan baru dalam industri fesyen tempatan ini menawarkan pelbagai aneka pilihan koleksi pakaian Muslimah kongemporari yang memfokuskan kepada golongan wanita bekerjaya yang amat mementingkan penampilan diri dan dalam masa yang sama ingin menutup aurat mereka. 


Oleh yang demikian, EDZ menyahut cabaran tersebut denganmenghasilkan pelbagai pilihan koleksi pakaian Muslimah modern seperti jubah moden, dress Muslimah, blouse Muslimahseluar Muslimah dan aneka pilihan tudung yang menarik

Bukan itu sahajakoleksi pakaian Muslimah EDZ ini juga amat versatile dan praktikal dimana ia boleh digayakan untukke mana sahaja dan pada bila-bila masa. Penggunaan fabrik yang berkualiti dan bersesuaian dengan cuaca di Malaysia menyebabkan koleksi pakaian wanita EDZ amatlah selesa dipakai dan tidak panas.


So... Untuk para hijabis yang mengidamman koleksi pakaian Muslimah yang modern dan opkos menutup aurat, make sure korang visit butik EDZ online hari ini juga untuk tawaran harga yang cukup istimewa!

Mia Boat Noodle 🍜

$
0
0
Assalamualaikum


Off day baru-baru ni Miraa keluar ngan Umi after 2 bulan tak jumpa. Yes, 2 bulan gittew. Hahaha. So macam biasa lah port lepak kat Imago. Right after Umi sampai terus pi cari makan. So we tried Mia Boat Noodle. As for me hari tu dah pi makan ngan Lia. Now makan dengan Umi pula ahahah. 

The difference is masa kat 1B dengan Lia, sikit je orang sebab kat sana baru buka branch tu. Tapi kat Imago, fulamak. Siap line up lagi sebab full. 

As for me okay lah. Ye lah. Mana tak okay nye kalau makan pun sampai berapa bowl entah. Hahaha.

Till then, ttfn 💋

[ Music Entry ] Pipi Pau by Meer Syafique

$
0
0
Assalamualaikum.

Ahaha. So this is my brother's song. Titled "Pipi Pau".
Feel free to leave a comment about his first song even tho my blog is pretty krik krik now hahaha.
Here's a link to watch it on YouTube https://www.youtube.com/watch?v=eB-cPq-wF3k


Pipi pau~ Haha till then... Ttfn .
Btw do click here :3

[ Music Entry ] Cakap Lah by Meer Syafique

[ Music Entry ] Bad Guy by Meer Syafique

Baju Kurung Moden Terkini

$
0
0
Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan wanita di Malaysia. Bukan sahaja dipakai sebagai baju raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwinmajlis makan malam dan majlis formal yang lain. Sifat baju kurung yang sangat versatile membolehkan anda memakainya untuk ke pejabat juga.

Kini ianya telah diberikan sentuhan yang lebih moden sesuai dengan arus trend fesyen Muslimah terkini yang sedang popular. Fesyen baju kurung moden terkini dilihat lebih segar dan membolehkan fesyen pakaian Muslimah berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pentas fesyen Malaysia. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif pereka-pereka fesyen tanah air. Usaha mereka berhasil apabila pasaran dress Muslimah ini mendapat permintaan yang tinggi dan antara contohnya ialah baju kurung modenbaju kurung Pahang, baju kurung cotton, baju kurung pesak dan baju kurung Kedah.

Beberapa tahun yang lepas baju kurung peplum kembali popular and hit the fashion world with a full force. Stail yang sangat sinonim dengan biduanita Saloma itu telah digabungkan dengan rekaan baju kurung tradisional dengan rekaan yang lebih elegant. Dunia fesyen memperlihatkan kemunculan semula fesyen baju kurung ini dengan begitu meriah sekali. Ia juga menjadi antara trend fesyen baju raya 2014 yang paling popular dan menjadi pilihan ramai wanita untuk sambutan perayaan itu.

Raikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 dengan bajukurung moden daripada koleksi baju raya 2015 terkiniBanyak website online shopping Malaysia ataupun butik Muslimah online yang menawarkan pelbagai koleksi baju raya terkini online daripada pelbagai jenama terkenal serta koleksi eksklusif baju raya daripada pereka-pereka fesyen terkenal di Malaysia.

76/91 — Entry bingung

$
0
0
Helo. Assalamualaikum. Macam nda sangka laa kan mau abis sudah. Happy campur sedih pun ada sikit-sikit (sikit la). From day 1 to day 76 tortured mental and physically. Panas hati dengan orang itu dengan orang ini. Gaduh laa apa laa. HAHAHA. Penat dia tu omg. Putus ja nda ba kaki. Tapi belajar konon kan... Yet one of the best experience I ever had.

Biasa la kan. Lumrah manusia nak melenting laa itu la ini la sampai kadang-kadang lupa. Ada benda yg patut kita sembunyi dan tapis. Biasa la tu. HAHAHA. Walaupun pada permulaan macam kena buli-buli, tak pa. Kita sabar. Yelah. Siapa kita ni mau melawan, mau menjawap yedok?

Lain orang mungkin lain lah pendapat dia. Kita cuma jadi diri sendiri. Memang susah kalau kau kena dengan orang yg suka taip menaip di blog. I'm still a blogger inside me. I can't stop. Walaupun ada lah stop sekejap. Hahaha. But yes I can't stop from writting.

I'm not that famous blogger that you think I am. I'm not that really one blogger that you think can be good af like others write. Ada yg super bertapis. And yes maybe some people said that the content that I write kadang-kadang takde kena ngena ngan title or even my blog theme yg pink semerbak. Hahaha. But... This is just me. Macam-macam ada. Haaa tah pape tah. Nanti lah share full version or part by part for my INTERNSHIP @ NEXUS RESORT & SPA KARAMBUNAI. Tak stabil pulak isi entry ni. Hahaha. Kejap A kejap B kejap C. Maka sebenarnya nak cerita pasal internship. Hahahahaha. Kbai. 

mm. hi. lol.

$
0
0


The story of my precious lunoks and why I can't get rid it off me. Uhuk. Welp. 
No baju raya for me indeed. No raya anyway. ⠀ ⠀ 

Hahaha. Siapa yg konon nak diet dari tahun lalu tapi sampai sekarang sama juga tak kurus-kurus raise your hands up 🙌🏻 Cause you're not alone. Berhari raya lah dengan lunoks yg cumils. ⠀ ⠀ ⠀


 P/s: Lunok ni [lemak] in dusun

Salad Kacukan 😂 #bloggergoestokitchen

$
0
0
Salad Kacukan
Hai! Assalamualaikum. Hehe. Pernah tak korang rasa dalam satu masa korang nak makan dua jenis salad yg berbeza? What I mean is, nak acah-acah Western then tetiba nak Asian hahaha. Sebab entah kenapa dan bagaimana tetiba je craving. So here is the ingredients.

Tomatoes
Cherry tomatoes
Baby Romaine lettuce
Lemon
Cili cili padi cili cili padi
Salt & pepper


Okay some of you guys might say "whaaaaat?" or "apo bondo ni?" hahaha or maybe ada yg dah biasa kot buat. Nuffff said, lets start.

1.Bersihkan lettuce, and keringkan. After that boleh koyakkan into smaller pieces. Kalau korang tak kisah makan size beso-beso, takpe. Biarkan je lah hahaha.
2.Ambil tomato tadi then cut into wedges. Selalunya dapat 4-6 wedges for each tomato. Lepas tu korang belah dua pulak wedges tu. Kalau korang tak suka wedges, cut into cubes ke apa ke. For cherry tomatoes pula korang just cut it into half.
3.Now take the lemon and also cut it into wedges. Okay. For this actually ikut korang jenis suka masam yg macam mana. Kalau Miraa, Miraa akan cut the lemon into wedges and buang kulit dia. Then isi lemon tu tadi cut into cubes. Kalau korang tak suka masam, just squeeze the lemon to take the juice from it.
4.Cili padi pula korang slice. Kalau suka banyak, letak laa sampai 10 biji pun ahahah. 
5.Finally, mix semua item yg korang dah buat tadi. Letak salt & pepper sikit then selesai 👍🏻

Bak kata kawan Miraa haritu,
"Jangan pandang rendah kat makanan perempuan"

I should call this salad as Salad Kacukan hahaha. Wanna know the fun part? Kalau korang makan dengan slices of grilled meat lagi sodap! 👍🏻 using fork korang tikam daging, then the salad, every types of it then ngapp!!! Heaven bruh! Hahaha. Sana laa masam lemon and tomato, sana laa kerangupan baby romaine lettuce, sana laa ada rasa masin, sana laa rasa pedas daripada cili padi tu dan sana jugak laa ada rasa daging yg dipanggang. Tak daging, ayam. Mesti ada yg tengah berimaginasi bukan? Hehehe. Be adventurous dan rasa je hahaha. Okay lah. Till then, ttfn 💋

Seoul Garden with le buddies

$
0
0

Assalamualaikum.

Is been a long long time tak update blog ahahah. Pv pun krik krik jer and totally no perubahan on the blog. Anyway, this post is about our last hangout together-gether gittue kat Seoul Garden. Tbh, this is my first time going there. Hihiks. Kesian haahahahaha.

With this two maniac. Lia and Elik.

Can't move on with this photo tho

With ma baby Feyyy with Farhan.


Nyummeh! 


Totally worth it tho.

All time fav ever 😋

Thats all for now. You can visit Seoul Garden here in KK @ Imago mall. Ttfn

Bae ke Sabah #zaenuramirastory

$
0
0

Assalamualaikum. Heh hehh hehh... Selama ni duk hapdet-hapdet pasai bae kat pesbuk kat tuiter kat wicet kat blog dengan ayat-ayat budak hingusan gitchu. Kalau nak scroll entry lama pun tak sanggup lah nak baca. Dah edit kot semua sebab too childish :D 


So ceritanya pada bulan Julai lalu, si baeeeeee ni dah bawak parents dia berjumpa dengan family Miraa. APODIOOOO? Yes. Sini bah diorang di Sabah tu hari tu. Hahaha. Tapi for 3 days je lah. Hehe. Okay itu saja :')


HAHAHA apa-apa pun, doakan yg terbaik untuk kitorang... Mana lah tahu, tahun depan dapat kad jemputan. EH?! Hahaha amin... Okbai. HAHAHA.

Nexus Resort & Spa Karambunai : Internship & Part timer (Part 1)

$
0
0
Assalamualaikum! HOHOHO. Dah lama gila-gila tak hapdet blog or any entry yg panjang berjela dengan perkataan sebab busy dan takde masa nak ngadap laptop. Boleh nampak sangat that last year and this year blog entry sangat-sangat-sangat sedikit. Tapi last year lagi lah sikit HAHAHA. Career blogging pun dah terkubur *eceh career katekau* hahaha entah apa entah yg Miraa mengarut ni. Okay back to the topic *muka serius* huhu padahal senyum HAHAHA

So nak di ceritakan lah kisah selama internship di Nexus ni...
Huhuhuhu.  Kitorang dalam kelas CA16 masing-masing pilih tempat practical yg berlainan dan ada beberapa orang yg dapat tempat yg sama. Dan kat sana lah di mana Miraa, Lia, Yoel, Brandon dan David ni jadi #teamNexus untuk CA16. Kerrrlasss kau siap ada hesteg haha.

So pada bulan pertama ni, Miraa masuk kat bahagian staff kitchen (Sunrise Kitchen) which is where we have to prepare foods for staffs kat Nexus. OMG! Hahaha. Miraa one team dengan Yoel and Chef Awang is our person incharge. Biase lah bro, baru masuk. PATAH habis bah saya since first day masuk sampai nangis-nangis sebab for me the job is too much. Well technically I was a cengeng girl. So yada yada this yada yada that. Asyik merungut ja kerja, nangis lah sebab stress HAHAHA sebab spesis lemah konon bila buat kerja. 

The things that I've learn masa kat staff kitchen ni is that, always make good planning and make sure that you can finish your given task on the exact time given. You need to come earlier than your scheduled time. Clean as you go! Tak nak lah oiiiii kerja kemain nak siap awal dan tepat pada masanya tapi keadaan berterabur! Hahaha. Next, kena bagi kerjasama dengan rakan sekerja. Tayah nak berlagak pandai kalau korang tak tahu apa nak buat and yada yada. Respect others, be humble and control your emotions. Huhuh. Tipu lah kalau Miraa takde nangis or marah-marah sepanjang practical ni. Tipu gile gile la kalau nak menafikan semua tu. Mohon ke laut please. Hahaha. Dan sepanjang awal practical ni kan, OFF DAY je yg Miraa tunggu-tunggu setiap minggu. Baru lah tahu apa perasaan orang yg seminggu sekali je dapat cuti. Memang off day tu dikatakan paling heaven lah masa tu. Kesian hahaha.

Sepanjang ditugaskan kat staff kitchen a.k.a Sunrise ni kan, tiap kali shift petang and semua task dah siap... Miraa mesti akan pi kat cold kitchen. Eh boleh hokayyy. Haha. Kat situ Miraa ada lah sikit-sikit amek ilmu dari abang-abang cold kitchen HAHAHA. Anything yg kena ajar, tulis kat buku nota. Selain cold kitchen, semasa shift petang ni Miraa sempat jugak jaga buffet The Penyu Restaurant dan jugak The Kingfisher restaurant.

Miraa kat Sunrise Kitchen ni lebih kurang 1 bulan lebih jugak lah. Lepas tu baru lah Miraa di transfer ke Sunset Kitchen. Haaa kau. Dari Sunrise ke Sunset gitchu. The irony. HAHA. Kalau nak diceritakan satu persatu kisah kat Sunrise Kitchen ni, sampai esok pun tak habis. Hehe. So Miraa tamatkan lah entry pengalaman Miraa kat Sunrise Kitchen dan akan bersambung ke Sunset kitchen nanti. HAHAHA mengada sungguh nak ada bersambung-2 bagai. Huhu. Okay. TTFN.


Nexus Resort & Spa Karambunai : Internship & Part timer (Part 2)

$
0
0
Assalamualaikum. We meet again. Eseh hahaha. So this entry basically sambungan entry Miraa yg sebelum ni which is the part 1 Miraa practical kat NRSK dan kat bahagian Sunrise Kitchen. Dalam entry kali ni Miraa akan kongsi pengalaman Miraa sepanjang kat Sunset Kitchen pula semasa practical. Hahahaha. Mengadanya ayat kau Miraa *emoji mata keatas*


Okay. Masa Miraa first time masuk kat Sunset Kitchen ni kannnnnnnnnnnn~

Yang masa betul-betul lah first time masuk kat Sunset ni, muka blur-blur sebab tak pernah pun jejak kaki kat sana. Pernah pun SEKALI je tu pun sebab hantar item dari cold kitchen. Time tu tolong Lia hahaha. Then tak sampai ke dalam pun. Terus blah pi cold kitchen. Okay, masa masuk kat sana ada budak intern lain jugak which is Yuyue. Miraa ni pulak baru dapat tahu that dah di transfer kat Sunset kitchen via face to face time baru nak masuk shift petang. HUHU. So sampai je kat Sunset, dengar lahhhhh briefing dari Chef Anthonio. Fuh kau! Time tu memang skema habis lah iolls ni. Boleh dikatakan jenis lurus jugak lah HAHAHA. 

So after few weeks, seminggu lebih kot... Lia pun di transfer ke Sunset kitchen. OMG! Satu team dengan si tagap hahaha. Kat sini Miraa banyak kot belajar pasal western thingi. Masak pasta, buat pizza, burgers, steaks, salads, fruit platter and all. Masa Miraa kat Sunrise dulu, mostly belajar basic kitchen stuff which really berbaloi sebab takde lah terkial-kial kalau nak buat kerja dalam jumlah yg besar. I mean like, potong-potong this and that lah.

Seriously kalau korang practical kat Sunset ni, semua benda korang akan belajar buat. From A to Z diorang akan ajar. Dan masa mula masuk staff yg ada Chef Anthonio, Melanie and Dannis. Masa awal-awal bukan biasa pun. Tapi lama-lama dah macam apa ja. HAHAHA. Kalau tak tahu, tanya. Resepi semua, salin! Penting kottt. Slow-slow Chef, Mel and Dannis ajar prepare this and that sampai korang pandai. Dari mise en place, sampai lah ke food preparation (masak-masak and plating) korang sendiri akan buat.


Selama Miraa kat Sunset Kitchen ni as a trainee, semua shift Miraa dah pernah masuk. Dari shift pagi, ke middle shift sampai lah ke shift petang. Semua dah cuba try test. Kecuali IN lah :D Time shift pagi, korang lah yg akan check mise en place, double check pasta and pizza dough, pick up butcher and pastry item, on semua gas and pizza oven, check item 86 and all. Then middle shift pula selalunya akan backup mana-mana task yg tak sempat dibuat oleh morning shift especially kalau sorang je. Wuish patah wooo. Hahaha. Then yg shift petang lak buat lah apa yang patut dan topup mise en place untuk dinner attack lak. Kalau korang kena pulak time OCC hotel tinggi. Kebaboom! Dari 12noon sampai ke petang lah buat order. Then after that, from 6PM pulak saaaampai ke 10PM dinner. Menangis je tak hahaha. Idk lah for me, best lagi kot ala carte rather than buffet. Tapi mostly orang akan suka buffet daripada ala carte. Tapi nak buat macam mana kalau Miraa jenis yg suka ala carte kan? Hahaha



The thing is, even tho Sunset Kitchen ni selalu sangat busy dengan ala carte... The team and the working environment is pretty fun dan tak bagi stress pun. Tak tahu lah pulak kalau some people not experiencing the same thing.


Things that I've learn from Sunset Kitchen is really priceless. Huhuhu.

Dan percaya atau tidak, kat Sunset Kitchen jugak lah Miraa mula kerja as a part timer kat hotel industry. Ecewah hahaha. Right after kitorang habis practical, kitorang rehat dan balik rumah masing-masing. Dan tak lama selepas tu, Miraa ngan Lia masuk semula kat Sunset not as a trainee, but as a part timer. Jeng jeng jeng... Miraa akan sambung kat entry seterusnya ya hahaha. See ya tonight @ 8PM...

Nexus Resort & Spa Karambunai : Internship & Part timer (Part 3)

$
0
0
Assalamualaikum. Okay. Macam yg dijanjikan *cakap sorang-sorang* ini entry sambungan kepada entry sebelum ni. Huhuhu. Kalau sebelum ni as trainee, this time as part timer. Haa kau. Hahaha. Okay. Kerja, kerja jugak. Tapi tahu tak yg sambil kerja, Miraa dengan Lia .....


Ceh saja ja buat saspen haha. Okay, time kitorang dapat offer part time ni kan. Kebetulan kitorang ada extra class which is beberapa hari berturut-turut dari pagi sampai noon macam tu. Then lepas tu kitorang balik hostel and direct pi kerja. Fuhh! Hahaha. Sadonyaaa hati hahaha. Hari pertama kitorang masuk part time tu ya Allah... 1st May okay. Boom! Terkezut dengan serangan ala carte hahaha. Mental kejap lah sebab ada few weeks kan kitorang berehat selepas tamat internship.

Lepas habis kerja ja, terus mandi lalu pengsan. Tidur nyenyak beb! Hahahahaha. Tu penangan 1 May sebab orang bercuti. The day after semakin okay dan okay lah even tho busy jugak. Maybe sebab kitorang dah bercuti lama sangat kan. Huhuhu. Then after few days kerja, its time to do two thing at the same time. Which is I never do before. Sama jugak lah macam si Lia. Belajar and bekerja. Todiaa. Bila dah lalui sendiri pengalaman tu kan, baru lah faham macam mana orang yg selama ni buat part time sambil belajar rasa. Kena bahagi masa nak study dan kerja. Paginya mentally tired, then petang nya physically tired. Fuh! Hahahahampir surrender. Tapi dua-dua masih kuat. Sampai lah this one point where kitorang kena siapkan this paper work then ambil cuti for like 2 days hahaha.

Then lepas je kitorang siap paper work tu, the next day final exam for cooking. HAHAHA! Pada awalnya bercadang selepas habis exam, nak pi kerja. Tapi tak pi sebab habisnya petang. Kalau nak pi kerja pun dah super duper tired dah. Huhuuhuhu. Kitorang ada lagi final exam for theory. At first, memang nak sambung lagi part time. Tapi bila difikirkan semula, balik pun malam... Penat. Nak rehat. Nak tidur semua... Kitorang pun berenti pada minggu ke 2 tu. Sedih jugak lah dan rasa bersalah. Huhu T____T

Selepas selesai je dengan semua exam, dan selesai perjumpaan dengan keluarga bakal suami (boleh baca entry pasal ni kat sini ya) UHUK UHUK UHUK!!! HAHAHA :D Miraa pun masuk semula ke Sunset as a part timer dan kali ni.... Jeng jeng jeng... Bersambung di entry seterusnya ahahah. See ya later gais. 

Nexus Resort & Spa Karambunai : Internship & Part timer (Final part)

$
0
0
Hello. Good afternoon. This will the part 4 and the final entry from my last entry submission. Huehuehue. Todia. Omputeh haha. Okay, to be honest I’m not in the mood to type an entry tapi dah bosan, so kita kuatkan je lah semangat nak habiskan entry kita yg ber-part-part tuh. Huehuehue.
 
Kalau dalam entri sebelum ni Miraa ceritakan pasal kisah awal Miraa masuk kat NRSK ni, then tukar kitchen, after that bertukar jadi part timer… Entry kali ni pula Miraa still akan….


Ceritakan pasal part time. Tapi TUNGGU! Kali ni dah lain sikit. Sebab untuk kali ni Miraa part time tanpa si Lia. Huuu sedih gitchu. So, nak di ceritakan lah… Sebelum urusan nak ke dot dot dot selesai, Miraa ada masa lagi untuk ber-part-time dan syukur alhamdulillah ada kekosongan lagi kat Sunset kitchen. Hihi. Miraa start on 1st August. Selepas Bae and his parents balik ke Semenanjung semula.
 
First day bruh… Macam biasa. Letih ter-amat. Dan atas beberapa sebab, rasa down sangat-sangat. Lels. Then after a day, Miraa pindah pi room C29 where sana ada Era. Dan Maybelline pun ikut. HAHA. May ni junior Miraa kat SSTC dulu dan dia pula part time kat Pastry kitchen. So after few days kerja, Yoel pun masuk kat Sunset as part timer. Ada geng! HAHA. Dengan busy nya kat Sunset with the order, sana juga lah Yoel belajar. Sebab dulu dia di assign kat Sunrise dan tak sempat nak transfer kitchen.
 
Oh, btw dah bertambah geng si Dannis sebab ada sorang permanent staff baru which is Jonathan. So technically Dannis ada dua geng baru lah. Lol. Tapi Yoel pun mampu bertahan 2 minggu ja part time masa tu sebab dia ada urusan kat tempat dia. So yg menggantikan si Yoel, tak lain dan tak bukan. Si Brandon. HAHAHA. Kalau si Don ni tayah ajar. Kasi refresh sikit ja sebab dulu dia pernah tolong kat Sunset masa Olive kitchen under renovations. Huhu.
 
It was really fun tho! Haha. Oh I forgot to mention about Yaya and Arty. Both of them budak practical from kolej ATI. Mula-mula dengan Yaya, then after that switch dengan Arty.

So, sepanjang Ogos ke Oktober ni banyak lah benda baru yg Miraa dapat belajar. Termasuk lah few recipes and even more detailed preparations for the yada-yada stuffs. Huhuhe sebab masa practical dulu kan lurus. Kita main salin je apa benda yg kita buat masa tu. HAAHAHAHA. Kalau kau suruh letak 1KG garam kat 1 pot kecik soup pun, 1KG jugak lah yg Miraa masukkan. LURUS ngat! Selain tu, Miraa jugak dah pernah opening sorang-sorang. Dengan noobnya tak reti pasang hot plate ngan salamander. HAHAHA. Then semakin hari, semakin pandai. KONON lah. Padahal selalu tak on hot plate :D Benda yg Miraa tak sempat buat/belajar time practical, Miraa dapat buat/belajar time part time ni.
 
So then… Tiba lah masanya untuk Miraa undur diri dari Nexus. 9th October , is the last date where iolls pi kerja. Then the next day, ngemas barang. Packing barang, then serahkan kunci kat campus office. Sedih siiiiiiiikit lah sebab tinggalkan tempat yg dah lama kita kerja. Huhu walaupun tak sampai setahun hahaha.
 
Terlalu banyak kenangan manis dan pahit kat situ. Kalau nak ceritakan kenangan pahit, kot-kot ada orang Google pasal internship kat Nexus, tak mahu diorang pi. Hahaha. Tapi takde lah pahit sangat. Cuma kalau orang yg suka manisan ni, tak suka dengan benda-benda pahit. Kalau orang tu penggemar cotton candy, jangan lah korang bagi sayur peria pula. Cari nahas namanya. Hahaha. But one thing for sure, I will buktikan to those people that do bad stuff to me that I can achieve something awesome too. HAHAHA mengarut je lebih.
 
So I think thats all for now. I will write more entry from now on. Eventho this blog is krik-krik all the time. Hahaha. Okay bye ~

BBQ Dinner at Sunset Nexus Karambunai with friends

$
0
0
Assalamualaikum . Late blog entry here. Been super busy for the past few weeks urus itu ini konon yang sampai sekarang dak siap hahaa. Nanti-nanti je lah update pasal tu. Kalau sebelum ni Miraa update pasal internship and part time at Nexus. This time jadi guest. Fuhhh. Hahahaha.

Well.. Actually ...


Miraa just planning nak pi jenjalan konon kat Sunset before depart. Then ter-dinner lah pulak kat sana. Hahaha. Planning nak pi sana by 4-5PM. Ek eleh. Jammed haha. Maka sampai sana pun time start bbq dinner dah. Sampai je sana, brrr. First time kot dapat layanan as a guest. HAHAHA. Terjakun sekejap hakak. Biasanya as staff. Ecewah.






The best night I ever had! Ceh hahaha. Apa-apa pun thank you so much Chef Anthonio and the rest of all Sunset team. Hihiks. Okbai.

Hectic year end and new year

$
0
0
Assalamualaikum.

Tak perasan dah masuk tahun baru tapi blog tiada entry baru. Been busy since forever. Banyak benda yg tak settle dan bila dah settle, ada lagi new task. HAHAHA. Macam robot doe. So here's a short re-cap on what happen for these few months..

2016 November 6th - Flown to JHB with ma bros
So here I'am studying how to be rich HAHA. Ndak bah.

2016 December 3rd - Off day to KUL
  
Mih mih mih mih mih. Jumpa cik tunang & bakal family in law

2016 December 14th - Mum goes to JHB and we're off to KUL and mom off to BKI
  
  
 2017 January
Then idk ... Some thing went wrong and I got depressed.

2017 February 8th - Bae goes to JHB
 
Selesai je kerja, tunggu bae at ROK. Hujan lebat masa tu. Maka lepak dulu... Sebab wiper tetiba rosak hahahahahaha . Then we're off from Pengerang to JHB. Wehee. Jumpa family in law *bakal* huhuhu 

Recently
And then I got this new habit of buying foods from outside instead of cooking. Really bad bad bad habit . HAHAHA
Thats all. I wish that this up coming March will be go well as planned. Hehehe.
Follow me on my instagram @ miraahussin24

14 March 2017 - Accident

$
0
0
Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menaip entry hari ini... Masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Umi lagi... Nak diceritakan lah last week Miraa terlibat dengan kemalangan jalan raya. First time terlibat. Ya Allah. Pedih. Trauma. Entah lah. Drive tak jauh mana pun. 45km ja. Few km lagi nak sampai Desaru Utama. Lain pulak jadinya. Hehe.

 
Miraa drive Axia from Desaru Utama to Pengerang, right after that drive to Kota Tinggi and then balik semula ke Desaru Utama. Tapi kita tak expect pun akan berlaku kemalangan kan. Masa nak balik DU tu lah eksiden... Around 1km from simpang ke Sg. Mas, boom. Ranap sang Axia.

I can't say much. Cause I'm still traumatized :'(

What I wanna say is, kalau uolls penat dan lantak lah jarak destinasi korang tu dah dekat. Berhenti lah kat tepi jalan, dan rehat kejap. Don't push yourself. Cause you don't know what might happen to you. Syukur alhamdulillah Allah masih bagi Miraa peluang untuk hidup... The words that came out from the officer masa buat report tu bikin seram... "Nasib baik Kembara kau bertembung dik, depan Kembara tu lori trailer tau. Kalau lori tu yg kau bertembung, dah innalillah dah kau." :'D

Thats all kot... Kenangan manis dan pahit, akan kekal dalam blog yg dah bersawang ni. Semoga kejadian ni memberi pengajaran lah pada orang lain. Ni entah berapa lama pula Miraa akan fobia bawak kereta. Kalau cepat recover.. Okay lah. Kalau tak, mereput lah kat rumah/office.. Ttfn..

Rumah Atas Pokok di Papar, Sabah

$
0
0
Assalamualaikum and hellow mellow marshmellow to everyone who is currently reading my blog post. Its been a while. Lol.

Aight. A very quick update. Pernah dengar kan how some people perli us Sabahan about tinggal atas pokok? That is very common tho. Haha. Well have you ever seen one? If yes, good. Haha. So this is my aunt's current project. Rumah Atas Pokok, and believe me. It's really on top of a living tree.


Well, its currently under constructions. 
Do like in Facebook ( Ponohuan homestay, Papar Sabah. )

Till next time! Good bye.

P/s: Tadi sebenarnya idea banyak nak taip, tapi bila dah bukak blog terus hilang hahaha. Kbai

Homestay Coming Soon!

$
0
0
Hey everyone.
So for the past few months, our family is definitely into a new type of business.
Currently my aunt's homestay is already operating.
You can check it out from my entry before.

This 16th September 2017...
My mom's homestay will be open.
We'll stay there a day before to experience ourselves.
Will let you know the how(s) in my next update.

So yeah. That's all what I wanted you guys to know for know.
But you can always check on us on our Facebook page or Instagram.
Cause we update there very often. (More like everyday I can say haha)

Facebook: My Nurul HomestayInstagram: @MyNurulHomestay

Didn't blog too much for few years.
I know. Cause I really don't know what to write.

Oh. If you notice, I've change my blog layout.
Hehe. Feeling old yet? Lol.
Okay bye guys. See you soon.
Viewing all 684 articles
Browse latest View live