Quantcast
Channel: Miraa Hussin's Blog
Viewing all 684 articles
Browse latest View live

Pantai Batu Buruk, Terengganu

$
0
0
Halu. Assalamualaikum. Minggu lepas Miraa & family sebelah husband konvoi ke Terengganu. Bertolak dari PJ lebih kurang jam 11 pagi dan sampai kat homestay di Manir dalam pukul 5.50 petang. Fuhh sakit juga lah bum bum duduk lelama. Ini first time naik kereta jalan jauh gini. Sebelum ni dari Johor ke KL ja haha bukan lama. Kitorang ke Ganu sebab saudara husband kahwin.

Sabtu lepas selesai majlis akad nikah & sanding , balik semula homestay dan rehat. Lepas tu petang teruskan perjalanan ke Pantai Batu Buruk, Terengganu. Lek-lek santai hujung minggu gitu hahaha.

Gambar dia kita tangkap

Gambar kita dia tangkap hmm =____________=

Malam selepas balik dari Pantai kitorang singgah makan dekat kedai Apit Buke Pintu. Boleh jalan kaki ja dari homestay yg kitorang tinggal. Miraa order Lamb chop dia but sadly it doesn't satisfy my taste buds hahaha. Tapi sayur kailan dia sedap. Below expectation ja la lamb chop dia. 

Btw enjoy our short cringe acah-acah relationship goals vlog haha. ttfn.  


Pregnancy...

$
0
0
Assalamualaikum. Fuh tajuk tak boleh bawak bincang ahaha. Macam mana nak mula ya... Ahahaha. Okay lah. Bulan Januari haritu Miraa perasan yg perangai Miraa pelik sikit. Asyik pening kepala, asyik muntah bila makan banyak sangat. TAPI masa ni tak fikir langsung pun pasal hamil. Ya laa, baru sebulan kahwin. Lagi-lagi masa tu azam baru masih tinggi. Rajinlah naik basikal untuk trainning tu. Period lewat. Pi la cecuba guna pregnant test strip tu. Tapi takde pun HAHAHA. Tak lama lepas tu tiba-tiba period lama sangat sampai 10 hari. Lepas tu banyak sangat. Dalam hati, okay. Sebab delay kot. Tiada isu lagi sebab happy lah period masih lagi disiplin.

Then bulan Feb pun berlalu macam biasa.  1 March tu cuba upt lagi tapi line saaaaaaamaaaaaaaar gila hampir tak nampak. Lepas beberapa hari, cuba lagi ilang. Okay. Fake alert kot hahaha. Tapi perut selalu sangat cramp. Pinggang pun sakit. Naik tangga pun mengah padahal sebelum ni okay lagi. Muntah-muntah pun masih on. Ok. No. Kalini kena jumpa doktor tanya apa masalah badan ni. 5 March tu pi la Klinik Siti Dato Harun. Meluah lah konon kat doktor itu ini itu ini. Siap scan lagi perut takut-takut cyst ataupun fibroid. Tapi Alhamdulillah tiada benda tu. Doktor kata mungkin perubahan hormon. Okay... Lepas tu 15 March ada la ni mengada pi lagi cuba upt. Kalini tiber line samar juga naik hahaha ah sudah. Dari upt biasa sampai yg digital dah cuba but tiada juga yg terang masa ni. Okay. Mungkin sebab terlalu fikir pasal pregnant sampai gitu. 

April makin teruk cramp ngan sakit pinggang. Terus pi Klinik Aishah Desa Mentari. Scan tiada juga apa-apa benda yg serious. Cuma dia kata mungkin kencing kotor. Terus suruh bagi urine sample. Lepas beberapa minit tu dia panggil. "Okay for sure you're not pregnant, tapi betul kencing kotor" ah sudah. Padahal minum air banyak kot hahaha. Then dia bagi antibiotik dan untuk minum tu. Kalau belum period juga nanti datang semula dia bagi ubat untuk keluarkan period tu. Okay muka sis terus masyam sebab kena cakap kencing kotor hahah mungkin sebab tahan kencing kot.

Bulan May ni sakit pinggang kemain mengada. Perut pun cramp then rasa macam ada benda bergerak. Gila cuak. Lepas tu 19 May ni kemuncak la. Sakit pinggang sampai suami sis risau (ngaahahaha sorry) terus dia bawak pi Klinik Siti. Nasib baik time tu tiada orang. So waiting time pendek hehe. Sama juga prosedur, mengadu lepas tu scan. Sama juga takda nampak cyst atau fibroid. Tapi doktor kata berkemungkinan besar, batu karang. HAAAAAAAAA SUDAHH. Then dia suruh ambil sample urine . Tapi time ni kan puasa. Miraa punya lama dekat dalam tandas tu sempat main game lagi. Then tiada hasil. Lepas tu doktor kata tunggu dulu rasa nak kencing baru pi. Duduk lah scroll-scroll mengenang nasib cuak pasal batu karang... Lepas tu rasa nak kencing, terus pecut pi tandas. Sikit gila haha. Lepas submit urine sample terus duduk tunggu doktor panggil. Masa masuk tu muka pasrah lah nak kena cakap ada batu karang. Tapi tiba-tiba... "Memang kencing kotor tu ada, tapi tahniah lah puan mengandung" SERIOUS AH?! Tu ayat yg keluar hahaha. TERANG GILER upt tu. Lepas tu doktor cakap lah mungkin masih baru sebab tu tak nampak. Atau mungkin sebab lemaks Miraa ni tebal sangat kan gahhaaha. Doktor suruh datang lagi 2-3 minggu.. Fuhhh berdebar kau...

31 May... Lepas ja sahur, kepala pening. Sampai tidak sedar pun dari pagi sampai tengah hari tu tidur. Petang tiba-tiba nampak ada tompok brown. Lepas berbuka tu rehat kejap terus pi Klinik Siti jumpa doktor. Sebab kalau ada pendarahan doktor kata terus datang. Sampah ja klinik, doktor scan tiada apa-apa. Sebab sepatutnya dah nampak baby. Tapi ini tiada, Dia suruh refer dekat hospital. Dan malam tu jugak tahap ingin tahu tu kuat. Okay, terus pergi Hospital Sungai Buloh.

Dalam pukul 10.30pm sampai hospital. Lepas daftar, dalam jam 12.00am tunggu nombor giliran. Sejam juga lah menunggu then jam 1.20am tu selesai jumpa doktor dan buat upt negative. Dua kali doktor buat. Tapi lepas tu dia kata dia call dulu doktor pakar. Okay sampai lah pukul 1.40am dua kali Miraa tanya boleh balik dah? HAHAHA ngantuk kot. Then dia kata nak hantar untuk observation... Dalam pukul 3am tu dah kat wad yg untuk pemerhatian tu. Siap tukar kain dan scan dari bawah pula. Tidak nampak baby juga. Lepas tu doktor bagitau lah 3 kemungkinan. Sama ada terlalu awal,  tidak mengandung, atau mengandung tapi luar rahim. Jadi doktor ambil darah untuk hantar ke makmal. Pukul 4am tu doktor suruh rehat dekat katil sambil nak tunggu result darah tu. Tapi dalam pukul 5am baru dapat pejam mata... Then dalam jam 5.40am tu nurse kejutkan, result dah keluar. Doktor pun terangkan lah yg Miraa tidak mengandung sebab test darah below 1.2 dan bagitau kalau ada pendarahan yg banyak datang semula. Thank you to my husband yg sanggup bawa Miraa pi klinik dan tidak sempat rehat lepas balik kerja.. Lepas tu terpaksa tidur dalam kereta tunggu bini dia keluar :') Ahaha emosi. Dalam 6am lebih tu kami bertolak balik ke Petaling Jaya. Sampai rumah terus tidur kepenatan...

Wew. Tidak berakhir macam cerita orang lain kan? Hehehe. Bukan rezeki. Umi Miraa cakap mungkin masa Miraa sakit perut dan pinggang tu lah keguguran. Sebab dia pun pernah macam tu dulu. Sebab tu masa pergi dekat klinik dia masih positif. Tidak apa lah, belum tiba masanya lagi untuk jadi mommy. Ehek... Btw hello 2nd June. Genap 6 bulan Miraa & husband kahwin. Hehehe. Happy monthsarry dearest husband...

Hi. I'm on Youtube!

$
0
0
Assalamualaikum semua. Okay quick update. I'm now on my new Youtube channel. Jangan lupa subscribe ya hehe. Klik saja gambar ni nanti terus direct ke Youtube channel Miraa. Komen ja ya untuk subs back.


Thank youuuuuuu

Dapur Migha: Chicken Aglio Olio

DIY: Litter Box Budget RM10

$
0
0

Hi. Boleh klik play pada video bawah ni ya.
Litter box for kitten budget bawah RM10.


Delyva: Receiving My Courier Bag

$
0
0

Assalamualaikum semua. Okay dalam entri kali ni Miraa nak share dengan korang semua tentang Delyva which is company yg ada buat servis penghantaran parcel korang. Tapi bukan tu je servis yg diorang ada sediakan. Antara servis lain yg diorang sediakan dalam website diorang, Deposit my cheque, Buy Me Food, Shop For Me and Runner. Korang boleh cek dekat sini  dan daftar secara PERCUMA.

Jadi baru-baru ni Miraa ada order 50 helai plastik bungkusan Delyva ni melalui shopee. Harini order, esok pagi dah sampai. Miraa ada buat video pendek ala-ala unboxing gittew hahaha. Boleh tengok video dekat bawah ni ya. Jangan lupa subscribe sekali. Ihik.

 

Nanti Miraa akan update macam mana nak gunakan servis melalui Delyva ni dekat korang ye. Stay tuned. 


Stay connected:
Instagram @miraahussin24

Instagram

Jalan-jalan: Langkawi 3 hari 2 malam

$
0
0
Assalamualaikum. Halu. Last week Miraa and my husband went to Langkawi for a short trip. Belated honeymoon la kot HAHAHA. Kitorang bertolak dari rumah dalam jam 2 petang gitu. Lagi pun flight kitorang petang. Tapi sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu padahal duduk lepak kat mcd ja minum iced blended mocha. 
Image may contain: 1 person, smilingImage may contain: drink and food
Image may contain: sky, cloud and outdoorImage may contain: airplane and sky
Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and outdoor

Dalam jam 6.29pm macam tu kitorang selamat mendarat kat Langkawi. Alhamdulillah. Kejap ja flightnya. Sempat lelap mata dalam 15 minit juga la. Eh eh sedar-sedar dah nak landing. Sampai ja kat airport, kitorang terus ws Uncle B. Orang yg kitorang sewa kereta. Kitorang book Axia masa ws, tapi dapat Myvi. Uncle B kata same rates sahaja. Dapat Myvi yg sedap pula tu.

Image may contain: people sitting, table, food and indoorImage may contain: food

Dalam 30 minit drive, kitorang sampai dekat hotel. Kitorang ambil Greenish Hotel dekat Kuah. Lepas tu mandi dan rehat kejap baru kitorang teruskan perjalanan ke Pantai Cenang cari makanan. Lepas jalan-jalan tu akhirnya decide untuk makan kat D'Khas Cafe. Miraa order nasi goreng amerika, husband pula order sweet&sour chicken dan tambah sate ayam. Minum dua-dua ambil limau asam boi. Overall biasa saja. Sate ayam tu tengok macam biashe-bisahe tapi okay lah sedap. Total makan malam kitorang kat sini RM44. Lepas melantak, ada lah terbeli 1 backpack. Sebab tiba-tiba beg husband tak dapat nak zip. Lepas tu singgah kedai serbaneka beli mineral water & maggi (wajib kot2 lapar) HAHAHA . Hari pertama selesai. Balik hotel & sambung tidur.

Image may contain: food and indoor

Hari ke-dua. Bangun pagi, mandi dan bersiap bersarapan. Termasuk dalam pakej penginapan kat Greenish Hotel. Siap ja makan terus pecut ke jeti untuk Island Hopping. Sikit lagi kena tinggal boat HAHAHA.Untuk Island Hopping ni Miraa dah book awal-awal. Masa tu deposit RM50 dan baki RM10 lagi bayar masa dekat jeti. Dalam jam 9.30pagi bertolak dan tamat dalam jam 1.30petang jugak kot. Untuk Island Hopping ni, kitorang ke Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & juga Pulau Beras Basah. 

Image may contain: 2 people, people smiling, closeup and outdoor
Image may contain: 2 people, people smiling, mountain, outdoor, closeup and nature
Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor and text
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, tree and outdoor
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, tree and outdoor


Selesai ja Island Hopping, kitorang balik hotel. Mandi dan rehat. Masyem kot sebab hiking pi Tasik Dayang Bunting. Terus kaki pun sakit HAHAH. Mungkin tanak dah pi sana lain kali. Tobat dah hahahaha.

Image may contain: sky, tree, plant, outdoor and nature
Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and closeup

Dalam jam 4.00pm terus shoot pergi naik cable car. Tapi ini pun sumpah tak nak dah naik lepas ni. Gila-gila ketaq lutut haha. Memang Miraa spesis tak boleh naik tempat tinggi lah ni nampaknya. Sepanjang kat atas tu mood tadak hahaha. Lepas turun ja ada mood sikit.

Image may contain: 1 person, smilingImage may contain: indoor

Untuk dua orang tiket masuk sekali pakej RM70. Basic package. Skycab, Skyrex &3D Art Langkawi. Okay siap ja semua, balik hotel. Rehat dan mandi. Lepas tu keluar pergi cari makan malam. Dan kitorang pi yg dekat area Kuah saja, Desa Permata Ikan Bakar.

Image may contain: drink and indoorImage may contain: food
Image may contain: foodImage may contain: food
Image may contain: foodImage may contain: food
Makanan yg kami pilih pari bakar, tomyam ayam, kailan ikan masin, nasi putih x2, sirap ais dan limau air. Miraa nampak ada lamb grill dekat stall kecil depan restoran ni. RM10 saja sepinggan. Lepas tu sedapnyaaaaaaa. Rasa nak beli lagi tapi cukup lah. Hahaha. Jumlah makan malam kami RM47 (termasuk lamb grill tadi). Hari ke-dua, tamat. Tiduuuuuur.

Image may contain: foodImage may contain: food
Hari ke-tiga, hari terakhir kat Langkawi. Macam biasa. Breakfast dulu. Lepas tu bersiap untuk bertolak cari pasal. Hahaha. Lokasi pertama kami ke Dataran Lang. Sebab orang kata wajib datang selfie dengan statue helang kalau datang Langkawi. Okay kami pi. Hahaha. Lepas tu Taman Lagenda. Tapi disebabkan tertalu panas, kitorang ambil gambar sikit saja dan tak sempat pun round sampai hujung taman tu. Terus bergerak ke lokasi seterusnya.

Image may contain: 2 people, people smiling, cloud, sky, bird and outdoor
Image may contain: 2 people, people smiling, tree, sky, outdoor, closeup and nature
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, sky, ocean, cloud, mountain, beach, outdoor, nature and water
Image may contain: one or more people, people standing, tree, plant, outdoor and nature
Image may contain: one or more people, people standing, tree, shoes, outdoor and nature
Image may contain: one or more people, tree and outdoor
Image may contain: grass, tree, sky, outdoor and nature
No photo description available.Image may contain: drink and food

Pantai Cenang. Haji Ismail Group. Dan terus ke airport. Flight delay lagi sejam hehe. Sampai kat KLIA2 jam 12 tengah malam. AAAAaaannd that is the end of our 3D2N in Langkawi. Jumlah perbelanjaan....

Air Asia RM347.84
Grab to KLIA2 RM75
Greenish Hotel RM250
Car Rental RM140
Fuels RM40
Iced Blended Mocha RM23.85
D'Khas Cafe RM44
Thai Bbq Seafood RM13.50
Desa Permata Ikan Bakar RM47
Nasi Campur Suria RM22.50
Mint Choco Chip RM18+
Lain-lain RM14
Island Hopping RM60
Tasik Dayng Bunting RM10
Skycab + Skyrex + 3D Art Langkawi RM70
Souvenir RM35
Chocolates RM65.90
Mineral water RM13

Jumlah perbelanjaan kami dua orang untuk 3 hari dan 2 malam di Langkawi ialah RM1289.59. Kami tiada ambil mana-mana pakej dari sesiapa. Semua ikut sukati pergi sebab kami tidak punctual dengan masa. Hahaha. Lagi pun tiket beli masa ni bukan on sale, jadi mahal disitu satu. Tapi apa yg best, kami pergi masa ni bukan peak season jadi tak ramai orang sangat. Tidak crowded hehe. Ada beberapa tempat yg tidak termasuk dalam entri ni tapi ada dekat Youtube channel Miraa. Boleh klik link dekat bawah ni untuk tengok ya. Room tour Greenish Hotel pun ada. Enjoy and thanks for reading.



MIRAA HUSSIN'S SHOP: THEBOXBMH

Balik Kampung Journey

$
0
0
Assalamualaikum. Ini entri lewat terlebih lewat. Ehek. Cerita balik kampung kami yg tidak dirancang sangat pun. Haha. Harini beli tiket, esok balik Sabah, lusa balik KL. Zero preparations, apa ole-ole untuk family di Sabah pun tidak beli. Tapi kami balik ni pun sebenarnya diorang tidak tahu. Yg tahu, Meer, Miraa ngan suami Miraa ja. Okay boleh layan caption digambar yg Miraa attach bawah ni ya.




 Kalau mau cari kereta sewa masa pi Sabah boleh contact @SNKERETASEWASABAH

@dahmakan : Salted Egg Butter Chicken (FREE RM40 credit)

$
0
0
Assalamualaikum. Okay baru-baru ni Miraa ada cuba makanan dalam app dahmakan ni. Untuk order pertama ni Miraa cuba Salted Egg Butter Chicken. Tapi Miraa order sekali yg ada Milk Tea gittew. Harga untuk Salted Egg Butter Chicken ni RM14.90 tapi bila ambil combo Tealive's Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly jadi RM19.90. Cepat sold out ya dalam app ni haha dua kali tak sempat beli. Sold out terus. Jadi kali ni order awal sikit Alhamdulillah dapat juga. Penghantaran pun boleh tahan cepat juga la.


Bila dah sampai tu, fuhh wangi gila. (Sakai mode on). Kat dalam app tu ada dinyatakan apa bahan-bahan yg digunakan. Kunyit, minyak bijan, susu, cili merah, daun kari, telur masin dan dada ayam. Ada juga dia bagi tahu yg "may contain cereals, spicy, dairy, soybeans". Okay untuk tekak seketul Miraa ni, memang ngam lah. Semua la ngam. Ada juga yg cakap portions ni kecil tapi bagi Miraa dah ngam dah. Kenyang ja bila makan. Overall memang okay. User friendly app. Makanan sedap.

Untuk korang yg belum cuba app dahmakan ni, korang boleh tekan link ni untuk daftar. Jangan lupa untuk masukkan code MIRAA2ONQ nanti korang dapat diskaun RM10 untuk 4 order korang yg pertama. RM40 tu diskaun. Aums. App dah makan ni juga selalu ada buat promo. Dekat Instagram rasmi diorang pun ada update promo code. Okay nak pergi order lagi Salted Egg Butter Chicken :9 Boleh layan video unboxing ni ahaha



Jangan lupa subscribe Miraa dekat Youtube ya.

dahmakan: Spaghetti Chicken Bolognese, Honey Soy Sesame Chicken, Salted Egg Butter Chicken

$
0
0

Spaghetti Chicken Bolognese, Honey Soy Sesame Chicken, Salted Egg Butter Chicken & ada beberapa lagi menu yg korang boleh ambil combo dengan Tealive's Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly pada harga RM19.90. TAPI! Kalau korang belum cuba app @dahmakan boleh install dan guna code MIRAA2ONQ dan jimat RM10 untuk order pertama, ke-dua, ke-tiga & ke-empat.
Boleh klik link bawah ni untuk download dan daftar ke akaun dahmakan korang :)
https://dahmakan.app.link/e/MIRAA2ONQ



Selamat menjamu selera ;)

___________________________________

Don't forget to like, comment and subscribe my channel.
More videos coming soon.

Keep in touch:
https://www.instagram.com/miraahussin24/
https://www.facebook.com/miraahussin24/

dahmakan: Kam Heong Chicken

$
0
0

Assalamualaikum. Haa kali ni Miraa cuba makan Kam Heong Chicken. Harga dia RM14.90. Kalau korang nak order, korang boleh ambil combo dengan Tealive's Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly pada harga RM19.90. TAPI! Kalau korang belum cuba app @dahmakan boleh install dan guna code MIRAA2ONQ dan jimat RM10 untuk order pertama, ke-dua, ke-tiga & ke-empat.


Boleh klik link bawah ni untuk download dan daftar ke akaun dahmakan korang :)

Selamat menjamu selera ;)

_______________________________________________

Jangan lupa like, comment & subscribe channel Miraa ya.
More video coming soon.

Keep in touch:

Why I go for Youtube ...

$
0
0

Assalamualaikum. It's really been a while since my last blog entry. Fuh english haha. Okay lama rasanya tidak menaip. Kadang lupa macam mana mau menaip di blog ni. Yang entah masih ada audience atau tidak sebab terlalu lama sis tidak aktif di sini. Mau mula balik dari 0 memang susah. Apa lagi kalau sekarang sudah kurang orang buka blog dan membaca (tapi memang masih ada juga). Okay apa benda entah yg sis merepek ni.

Why I go for Youtube instead of keep writing in my blog? Orang sekarang makin ramai kurang membaca. Well for example Facebook. Orang cuma baca tajuk, sikit sinopsis terus share link tu tanpa baca isi kandungan entry tu sampai habis. Eh entah lah. Haha.

Dulu mungkin buka ikut trend, yg mana lama-lama berubah jadi minat. Memang sis masih ada minat yg sama. Minat untuk berkongsi apa saja dalam blog. Sedih pun update sini HAHA. Tapi menaip ni makin lama jadi makin susah bagi sis. Sis masih sama. Masih suka kongsi benda, info atau daily vlog. Tapi sekarang lebih pendek... Selalu simpan dekat Instagram. @MiraaHussin24 (sendu jer) Tapi audience dalam 24jam tu masih ada dalam 100+ orang. Lain dengan blog. Jadi sis pindah ke Youtube sebenarnya sebab sis penat sudah menaip. Sis mula untuk bercakap. Dan ready la kamu sebab sana bahasa sis bercampur haha. Minat... Ya tiba-tiba terminat main game yg dulu sis tengok aneh. Walaupun masih level noobie, sis tetap main. Sebab minat (sampai bila? entah) ada audience atau tidak? Entah. Cuma share suka-suka. Rakam suka-suka. Mungkin ada 9 years old army tengok? haha. 

Jadi jangan lupa singgah ke Youtube channel sis kalau sudi (^_^) It's really been a while.

Best Regards,
Miraa Hussin
Blog Owner

Resepi Buttermilk Senang


Resepi Corn Flakes Chocolate Senang (2 bahan)

Resepi Pancakes Senang

Resepi Kuah Kacang Paling Senang (4 bahan)

$
0
0


Resepi kuah kacang yang paling simple dan paling kacang semua orang boleh buat zap zup zap siap ahaha. Kalau kuah pekat sangat, boleh letak air sikit-sikit ya. Bahan-bahan: Kacang tanah 1 cawan Serai 2 batang Bawang merah 13 biji Cili kisar/cili boh 4 sudu



RESEPI KELUPIS/LEMANG CUP SENANG

$
0
0



Mood raya masih on? Hahaha. Memandangkan tiada daun nyirik untuk buat kelupis, tahun ni buat guna acuan kuih. Sukatan ni boleh dapat 25 biji kelupis/lemang cup. Bahan-bahan: Beras pulut 2 cawan Santan 1/2 cawan Air 1/2 cawan Gula Garam Resepi kuah kacang: https://youtu.be/7Wo9btWQN78


Snake Plant | Pokok Lidah Jin | Pokok Lidah Mertua

$
0
0
Assalamualaikum. Hi. Bukan main viral lagi Snake Plant atau pokok lidah  jin / mertua ni sekarang dekat Malaysia. Miraa sebelum pokok ni viral lagi duk mencari kat mana ada jual. Tapi asyik tertunda niat nak beli tu sebab nak beli benda lain pulak HAHA. Jadi sebelum raya 2020 ni ada ternampak dekat AEON. Tinggal satu pasu je lagi. Tinggi dalam 1.5 kaki juga dengan harga RM22.90 sepasu. Masa tu memang satu pasu ni je tinggal. Jadi terus rembat tanpa berfikir masak-masak lagi.

Antara kebaikan snake plant ni yg selalu orang cakap;
  • Pembekal oksigen yg baik: Selain daripada snake plant, ficus dengan pothos pun cun.
  • Memberi latar yg baik: Masuk je tema kalau deko deko ni hahaha.
  • Membersihkan udara: Bukan lah jadi penapis udara tu. Tapi membersihkan gas-gas yg ada selain karbon monoksida termasuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.
  • Senang diuruskan: low cost maintenance. 
Lagi pun, ni antara "hard to kill plant". Jadi ngam lah dengan Miraa yg tangan panas ni. Hahaha. Sebelum ni asyik beli pokok yg senang mati. Kali ni dah tahu dah. Beli yg susah mati je. Tapi make sure simpan tempat yg anak korang atau haiwan belaan korang tak boleh capai. Sebab snake plant ni bukan pet friendly plants.

Kalau korang duk area Petaling Jaya, boleh try contact Atiqah. Sebab Miraa ada beli dua mini snake plant dari dia. RM13 satu pasu. 


Untuk orang Papar Sabah pula, korang boleh beli dari My Nurul Garden. Harga bermula RM12 hingga RM30 termasuk pasu plastik. Boleh self collect ataupun hire runner untuk collect pokok korang kat Kg Kambizaan.

Lama tak menaip. Rasa kekok sikit dengan bahasa yg bercampur ni hahaha. Will share to you guys yg masih follow blog Miraa ni with other plants that I bought ya after this. Hehe. Have a nice day.



Love,

Viewing all 684 articles
Browse latest View live