Quantcast
Channel: Miraa Hussin's Blog
Viewing all 684 articles
Browse latest View live

FIRST TIME MAKAN BAKSO MERCUN | PETALING JAYA

$
0
0

Assalamualaikum. Ini first time selama 25 tahun hidup, Miraa makan BAKSO MERCUN. Selama ni makan bakso biasa ja dengan bakso beranak tu selalu nampak. Tapi rupanya bakso mercun pun ada. Haa nampak sikit sakai Miraa kan? Dulik apoh hahaha.

Miraa antara yang terawal lah kononnya dapat makan bakso mercun dari kedai Sate Minang Mak Buyuang ni. Wahh gittew! Bangga okay. Hahaha. Ni menu yg coming out soon lah kat kedai diorang. Harga sama macam bakso beranak. RM8 sebungkus. Buat masa ni tiada dine-in ya. Semua take away. Kedai diorang selalunya buka pukul 4 petang sampai 9 malam. Apa-apa perubahan korang boleh stalk dekat Facebook atau Instagram diorang. Sate Minang diorang pun sho shedap guys.


Untuk satu bungkus bakso mercun ni sangat-sangat lah berbaloi ya. Kenyang giler lepas makan. Lepas tu rasa dia tak pedas sangat. Untuk orang yang bukan makan pedas sangat, korang dah tak perlu nak tambah-tambah lagi cili-cili lain. Sebab dah cun-cun. Yang hantu cili, haa sila lah tambah bebanyak pun tak apa. Hahah. Bebola daging (bakso) tu pun bukan oksigen ya temen-temen. Tebal, dan dalamnya ada berisi daging sekali dengan sambal/cili a.k.a mercunnya. Gittew. Kalau rumah korang jauh, Miraa suggest korang panaskan dulu kuahnya. Barulah perghh berasap-asap makan. Kalau time hujan-hujan feeling berabis urang Sabah bilang. HAHAHA over naw kau Miraa.

Tapi masing-masing ada citarasa dia kan? Ada yang suka bakso biasa, ada yang suka bakso beranak dan yang gilakan cili akan pilih pulak bakso mercun. Korang boleh tengok video dekat bawah ni untuk close up bakso mercun tu. Miraa ada attach sekali lokasi kedai Sate Minang Mak Buyuang ni. 


Doakan Miraa kembali rajin untuk menaip entri lagi dimasa akan datang yea? Haha. Okay bye-bye.

Love,


MY DIY FLOATING PLANT SHELVES

$
0
0
Assalamulaikum guys. So yesterday (Sunday) I've requested my husband to make me a floating shelves for my plants. Hehe. Sebab makin banyak pula pasu-pasu Miraa sejak duk beli bunga jaa kerja sepanjang pkp ni. Ada yg beli dekat nursery, online & aeon. Jadi kita pun nak DIY kononnya. L bracket tu beli dekat kedai eco. RM2.10 seunit. Miraa beli 6. Sebab nak buat 2 layer rak bunga. Lepas tu, playwood ni RM15.20 dekat shopee. Size 2ft x 4ft. Mintak diorang potong jadi 1ft x 4 ft. Tambah caj RM5. Drill pun Miraa beli dekat Shopee jugak. Hehe. Nanti Miraa listkan link dekat kedai mana Miraa beli.


Ini first time husband buat kerja-kerja mengdrill. Awalnya memang gelabah jugak lah masing-masing sebab takut tertembus sampai rumah jiran hahaha. Alhamdulillah tak tembus HAHAHAH. Lepas tu, plastik tu Miraa tape kan dekat dinding macam tu. Dekat bahagian bawah tempat yg kitorang nak drill supaya habuk tak bersepah. Ni Miraa nampak tukang buat macam tu masa datang rumah pasangkan tv kat dinding. Sebab sebelum ni orang pasang aircond tak buat macam ni, bersepah habuk-habuk masa mengdrill tu. Function gilaa tips dia ni. Tak bersepah langsung. Kawasan yg lupa pindah plastik je lah bersepah habuk hahahaha.


Tara! Siap sudah floating plant shelves Miraa. Buat masa ni Miraa siram pokok ni dekat luar dan tunggu kering baru simpan semula kat sini sebab playwood tu masih bogel belum balut guna wallpaper. Sebab wallpaper belum sampai haha. Nanti Miraa update lagi bila dah siap balut dan pasang lampu untuk pokok-pokok Miraa ni hehehe. Btw ini list & link untuk barang-barang yg Miraa guna masa buat floating shelves ni.



Love,

MAKAN-MAKAN DI IKEA, CHERAS MASA PKPP

$
0
0
MAKAN-MAKAN DI IKEA, CHERAS MASA PKPP [ MYTOWN ] | Assalamualaikum and hi guys! Ceh hahaha. Sabtu lepas Miraa dengan husband pergi makan-makan dekat Ikea. Ya. Memang kami pergi Ikea untuk makan jer. Masa masih PKPB ada pergi jugak tapi line untuk beratur nak masuk dari parking tu fuhhh! Tiada obat. Panjang ke hujung boskur. Kalini pi pula bukan masalah line beratur tapi dua kali kena pusing-pusing dekat highway sebab dua jalan ditutup.

Long story short, ini antara menu-menu yang kami beli masa dekat Ikea Restaurant.

Ikea Meatballs

Buffalo Chicken Wings


Awalnya plan nak makan salted egg chicken wings tu tapi dah tak ado lah pulak. Kecewa jugak lah sikit sebab bulan Januari haritu dah makan memang sedap gilos! Tapi yg ni pun jadi la. Melepas cravings yg berbulan-bulan disimpan hahahaha. Hand gloves tu bawak sendiri dari rumah. Puas hati makan sampai ke tulang! Terus feeling-feeling macam makan dekat Kyochon pulak daa hahaha. Husband Miraa makan Penne Bolognese macam biasa. Sebab dia ni peminat pasta. Meatballs pulak kitorang share. 

Blueberry Cheese Cake
Last sekali, Blueberry Cheese Cake. Yang ni Miraa makan sorang sebab husband bukan penggemar cheese. Memang puas hati lah makan sorang. HAHA! Perut pun dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan cuci mata. Nak cari refill lint roller (Bastis) tapi habis stok lah pulak dekat Ikea Cheras. Masa otw nak keluar buat pembayaran, nampak pokok kelapa kecik. Wahaha! Kita rembat. Bila google pasal chamaedorea elegans, ni jenis kecik. Tapi belum lagi buat research dia akan tinggi sampai mana nanti hahaha.

Korang kalau nak datang Ikea, make sure ada isi perut sikit lah. Takut fengshan pulak masa beratur haha. Bukan beratur nak masuk Ikea je  tau. Nak pergi restaurant dia pun kena beratur dulu. Lepas tu dah masuk, nak kena cari tempat duduk lagi. Masa kitorang datang tu, meja banyak yang kosong. TAPI, kerusi yg tak hado hahaha. Okay until next then. Bye-bye!


Love,

BANJIR KILAT DI PAPAR SABAH 27 JUN 2020

$
0
0
BANJIR KILAT DI PAPAR, SABAH 27 JUN 2020 |  Selepas 2 tahun berlalu (Banjir Kilat 31 Mei 2018), kejadian sama berulang kembali. Ya. Banjir kilat. Hampir separuh rumah ditenggelami oleh air kali ini. Betul-betul tiada petanda yg akan banjir lagi sekali dan antara yg paling buruk. Miraa masa ni di Selangor. Keluarga di Sabah saja yg terkena. Hujan lebat tidak berhenti dari 1 petang sehingga malam. Boleh tengok video ni. Antara footage yg Umi Miraa rakam sebelum, semasa dan selepas banjir.


Peti sejuk rosak, freezer rosak, tv rosak, monitor-monitor diorang semua rosak. Kereta proton tenggelam, perabot-perabot, tilam semua tenggelam. Selipar-selipar diorang yg lain semua hanyut entah ke mana. Tapi Alhamdulillah keesokkan harinya, air surut dan family Miraa dan kucing-kucing di rumah semuanya selamat. 


Homestay? Alhamdulillah kali ni homestay tidak terjejas teruk oleh banjir. Tapi, tanah runtuh lah. Menghalang laluan masuk. Kereta tidak dapat lalu lagi balik. Bukan setakat area Papar, tapi kali ni banyak daerah dan kampung-kampung yang turut terkesan oleh banjir ni. Di hari yg sama. Ada juga kawan-kawan Miraa yg rumah diorang baru semalam air surut sepenuhnya. 


Ini beras yang kena banjir. Uncle Miraa basuh dan jemur. Alhamdulillah elok lagi. Berpuluh-puluh kilo lagi beras yg ditenggelami oleh air di kedai runcit Aunty Miraa. Mau jual memang tidak boleh lah sudah. Belum lagi kiraa rumah Uncle Miraa yg satu, rumah habis tenggelam sebab dekat kawasan yg rendah berbanding rumah Miraa. Haih.

Stay safe everyone. Musim-musim tengkujuh ni kamu batalkan dulu niat untuk pergi mandi manda di sungai. Bukan kita boleh ramal bila banjir mau datang lebih-lebih lagi banjir yg besar macam ni. Pray for Sabah and other affected areas. Semoga urusan kamu semua dipermudahkan.


Love,

Mangga Asam Boi Tabur/Coleq Petaling Jaya

$
0
0
MANGGA ASAM BOI TABUR/COLEQ PETALING JAYA | Assalamualaikum and hi guys. Harini tiba-tiba craving mangga. Padahal haritu baru jaa makan mangga mempelam. Tapi biasa lah nafsu makan ni agak liar sikit. Haha. Jadi petang tadi scroll-scroll Instagram. Nampak update yg sis jual mangga ni ada extra 6 bekas. Status tu sejam lalu, kita pun cuba lah nasib kot-kot ada lagi kan? Alhamdulillah ada lagi. Bahagia kaw siz!


Miraa jumpa Facebook sis ni tahun lepas. Craving mangga tapi asyik habis dekat pasar sebelah, aeon, tesco. Cari-cari dekat Facebook, boleh pulak COD. Satu bekas ni RM10 kalau korang beli asam boi tabur ja. Tapi kalau nak beli sekali dengan coleq (sambal kicap) tu RM12 untuk 1 set. Miraa selalu beli 2 bekas. So total untuk 2 bekas + caj COD dekat area rumah Miraa RM27 sahaja. Okay lah tu. Korang cuma duduk rumah tunggu mangga sampai dan makan! Hahaha. Ni Miraa drop link sis tu kot-kot korang pun berminat nak beli lain kali especially masa-masa korang tak jumpa mangga.

Facebook: Sedap Layan | Kathy 
Instagram: @sedap_layan

Till then, ttfn.

Love,



mangga petaling jaya mangga murah sambal mangga jeruk mangga asamboi cod

WINNER WINNER CHICKEN DINNER! PUBG MOBILE

$
0
0
WINNER WINNER CHICKEN DINNER! PUBG MOBILE | Assalamualaikum dan hi! Haha korang pernah main game PUBG ni? Miraa dulu selalu curious kenapa yg budak-budak lelaki suka sangat main game ni dulu. Dulu tak pernah pun terfikri nak download. Awal tahun ni tiba-tiba pi download dan dah terjebak bermain game ni. Game PUBG ni free je tau dekat dalam app/playstore. Android atau iOS user boleh download. 


Miraa pernah download PUBG Lite untuk pc haritu tapi tak best. Yg bukan Lite pun ada beli dekat Steam dalam RM36 kot masa tu. Untuk yg pc dia tak free. Tapi kalau phone korang kecik sangat dan susah untuk kawal, korang boleh guna emulator untuk main PUBG ni dekat pc atau laptop. Caranya senang je. Download Gameloop dan nanti boleh Install PUBG kat situ. Boleh main satu squad dengan mobile user ya bila pakai emulator ni.


Btw jangan lupa subscribe youtube channel Miraa Hussin TV tau. Ni channel ketiga. Channel pertama dan kedua Miraa dah kena ban sebab salah report copyrights. Hehek. Ok lah ttfn.


Love,

CUSTOM MADE GAMING TABLE / DIY GAMING TABLE

$
0
0
CUSTOM MADE GAMING TABLE / DIY GAMING TABLE | Assalamualaikum & hi! Entry sebelum-sebelum ni Miraa ada update pasal banjir yg baru melanda rumah Miraa di Sabah. Meja adik Miraa pun antara salah satu perabot yg rosak. Dan semalam siap sudah meja baru dia. Dengan bantuan pakcik Miraa, dapat lah dia siapkan meja idaman dia. Gittew. 


Floating table macam adik Miraa yg satu lagi. Sebelum ni fully kayu dia buat sendiri. Kalini ada bantuan pakcik Miraa yang ada perkakasan yang lengkap. Senang nak potong-potong kayu dan besi serta playwood. Nasib baik lah rumah pakcik Miraa tinggi. Tiada mesen dia yang rosak terkena air. 


Miraa buat masa ni baru ada gaming laptop. Itu pun beli meja putih dekat IKEA ja haha. Nanti bila nak beli pc gaming kot baru lah kitorang pergi shopping lagi meja dekat IKEA. Baru lah game on! Tiber. Tapi Miraa bukan main game pc sangat. Paling pun game Fortnite dan Minecraft je. Eh jauh pulak melalut haha. Korang boleh tengok video penuh buat meja ni dekat youtube mak Miraa. Jangan lupa subscribe sekali :) Till then, ttfn.

Love,

DURIAN ISI TEBAL DI PAPAR SABAH

$
0
0
DURIAN ISI TEBAL DI PAPAR SABAH | Assalamualaikum & hello ebelibadi. Sebenarnya di kampung Miraa tengah musim durian. Tapi rugi tak dapat balik Sabah buat masa ni sebab tiket flightnya ya ampun macam pergi obersi! Haha. Dan ni family Miraa yg share video durian. Tapi ni pun Umi Miraa beli dari orang kampung lah. Durian dekat kebun kitorang tak berbuah lagi haha.


Ada dua jenis. Yang kulit nipis tu kitorang panggil Durian Sarawak. Memang sedap dan selalunya isi dia tebal. Lebih-lebih lagi kalau buah tu tak sama rata bentuk dia. Memang kaw-kaw tebal durian tu. Yang satu lagi kulit tebal tu Umi Miraa panggil Durian Kahwin. Walaupun kulit dia tebal, tapi isi dia pun padu. Gemok-gemok juga. Untung lah adik-adik, anak buah dan sepupu Miraa dapat membantai durian kali ni. 


Miraa dekat sini berhuhuh tengok durian hahaha. Ada pun haritu beli satu pek je. RM5. Durian kampung. 4 ulas je tapi puas makan. Sebab makan sorang-sorang je husband tak makan pun. Hahaha. Ada juga nampak dekat Aeon bahagian durian tu. Ada tulis Durian RM45, lepas tu ada Durian XO RM45 satu pek dan Durian Sultan. Tatau lah durian macam mana tu tapi satu pek harga dia dekat Aeon RM50. Korang geng makan durian atau geng tak makan durian? Hahaha. Okay lah. Ttfn.

Love,


Goodbye My Cat

$
0
0
Goodbye My Cats | Assalamualaikum & hi everyone. Harini lagi sekali merupakan hari paling sedih untuk Miraa. Sebab lagi sekali Miraa terpaksa let go kucing Miraa. Kali kedua dalam seumur hidup untuk bagi kucing Miraa dekat orang lain. Sebelum ni Miraa hantar dua ekor kucing betina Miraa dekat animal shelter. Hari ni, Miraa bagi Boo (kucing jantan) Miraa untuk orang adopt.


Banyak kali update delete update delete sebab berubah fikiran. Tapi kali ni tidak sempat berubah fikiran sebab semua sudah ready. Miraa update gambar Boo dekat group-group dekat Facebook mungkin ada yg nak adopt. Ada 3-4 orang yang pm tapi senyap lepas bagi details lain. Ada sorang nak tengok weekend ni. Tapi akak sorang ni kebetulan ada dirumah. Dan dia setuju untuk jaga Boo. Sebab nak carikan teman kucing dia. Kucing dia warna putih jugak. Macam Boo, tapi Boo ada cream sikit. 


Boo ni paling suka main ball dia. Sekali dia dapat, dia takkan lepaskan. Siap bawak lari lagi jauh-jauh terus main sendiri. Masa sampai, dia malu-malu nak keluar dari carrier. 


Miraa duk Lindungan dia duk dekat Damansara Damai. Jadi kitorang pun hire Oly Pet Taxi. Booking Isnin tapi diorang punya driver pergi pickup 30 ekor kucing dari Muar, Johor untuk diserahkan kepada AMANAH. Kes kematian tuan. 


Rates Pet Taxi dari rumah Miraa ke tempat receiver RM45 sahaja. Sangat-sangat affordable dan servis diorang memang terbaik. Miraa ada satu pet carrier je. Nak bagi, nanti nak bawak sekor tu lagi pi vet susah. Nasib baik diorang ada sediakan extra carrier (no extra charges!) kalau korang perlukan servis Pet Taxi, Miraa suggest sangat korang contact dengan Oly Pet Taxi ni kat 019-471-3411 . Isnin tu set masa pagi untuk pickup. Dalam tengahari, kucing dah pun sampai dekat new family Boo.


Tidak terkira berapa kali dah menangis semalam ngan tadi lepas Boo gerak pi rumah baru. Harap Boo akan gembira & gebus gebas lepas ni dengan abang baru dia. Boo ni bila dah biasa dengan kita, dia punya manja ya Allah sangat-sangat manjayyyyhhh. Tidur pun bawah tiak tau haha. Suara pulak kecik ja. Salu sangat energy saving mode si Boo ni.


Kalau korang nak cari kucing untuk peneman, jangan lah beli. Adopt lah kucing-kucing yg nak di let go atau pun stray cats yg ada dijalanan. Kesian diorang. Ini antara group yang selalu ada posting kucing yg korang boleh adopt jadikan family baru korang.
  1. Kucing Untuk Diberi Percuma. Cats Free Adopt ( Stray Cats) Seluruh Malaysia
  2. Selangor FREE Adopt-A-Cat (Adopt/Rehome Kucing)
  3. Kucing Untuk Diberi Percuma/Adopt Cat Malaysia (ACM)
Antara animal shelter yang Miraa tahu, kalau korang nak donate, volunteer atau adopt pets pun boleh.


Love,

Update On Boo The Cat

$
0
0
Update On Boo The Cat | Assalamualaikum & hi guys. Just a short update today. Alhamdulillah belum sampai 24 jam semalam lepas Pet Taxi hantar Boo, dia dah manja-manja dengan cat-mom baru dia. Hehe ni gambar yg cat-mom Boo send semalam. 


Okay lah kalau macam tu. Tak risau sangat hehe syukur jumpa adopter yg baik hati. Dia cakap kalau rindu kat Boo, minta je gambar. Semalam husband Miraa silap panggil Snow dengan nama Boo, rindu ler tu :p 


Btw ni antara barang yg Miraa sertakan masa hantar Boo dekat new mommy dia. Fav kibbles dia, Glory & Purina. Lepas tu 1 pouch wet food Smart Heart sekali dengan medical card dia. Boo ni dah vaksin, tapi lama dah. Due haritu tak sempat nak pergi sebab balik Sabah. Lepas tu time balik sini, terus PKP bermula. Vet pun tutup. Sunat pun haritu guna pet taxi tapi melalui orang lain. Next entry Miraa cerita lah pasal diorang pi vaksin dan sunat ni. Miraa ada buat ig khas untuk diorang dekat @snow.png_

Kalau korang terlepas update, klik sini untuk ke entri Miraa sebelum ni pasal giving away my cat for adoption. Until next entry InshaAllah, ttfn.

Love,

BUAH TARAP, TERAP, MARANG

$
0
0

BUAH TARAP, TERAP, MARANG | Assalamualaikum & hi fellow readers. Kamu pernah makan buah tarap? So far selama duduk di Petaling Jaya ni belum pernah lagi satu kali pun jumpa buah ni dijual di pasar malam. Tapi haritu pernah viral kena import dari Sabah/Sarawak dan dijual mahal. Aish punya lah sedap ni boleh-boleh susah cari di Semenanjung haha.


Tapi kalau Miraa makan sikit ja sebab manis. Cepat muak. Tapi repeatable. Bukan saja makan begitu, buat cucur pun Miraa suka. Kulit dia tidak tebal. Senang ja buka bila sudah masak. Lepas tu biji-biji dia boleh basuh lepas tu sangai atau rebus. Makan macam kacang. Seriously rindu makan buah ni. Tapi my mom tayang pula dekat channel dia. Haha. Marang ni nama buah ni dipanggil kalau dekat Philipines, cuba korang Google. Mesti akan keluar punya.

Until then, ttfn.

Love,

AUTO CHICKEN DINNER IN LIVIK! NEW MAP IN PUBG

$
0
0

AUTO CHICKEN DINNER IN LIVIK! NEW MAP IN PUBG | Assalamualaikum & hi. Korang dah cuba map baru dalam game PUBG, Livik? Map ni lagi kecik berbanding dengan Sanhok. 2x2km je weh hahaha. 
Turun cepat, habis pun cepat, cari next game pun cepat. Miraa dah try dan first time duos dengan husband, auto chicken dinner tanpa sebab hahaha.


Lagi beberapa hari season 13 nak habis. Korang kat tier mana dah? Miraa masih Crown V lagi lepas tu RP belum sampai 100 lagi. Harap sempat capai 100 sebelum season ni habis. 5 hari lagi guys. Hahaha. Ni short video game play kitorang yang auto chiken dekat map baru PUBG ni.


Okay lah. See you guys in next entry. Ttfn.

Love,

Tilam Kucing | Round Warm Cat Bed | Cozy Cat Nest

$
0
0

Tilam Kucing / Round Warm Cat Bed / Cozy Cat Nest | Assalamualaikum & hi my fellow readers. Kucing Miraa, Snow ni suka sangat tidur dekat selimut yg Miraa beli dekat Kaison. Jadi terus cari dekat Shopee tilam kucing yg hampir sama macam selimut Miraa ni.


Nampak tak tuan punya kawasan kena kacau? Hahaha. Jadi bila Miraa cari punya cari dalam Shopee, jumpa seller yg jual tilam kucing dan ready stock pulak tu. Harga pun tak mahal sangat berbanding dengan korang nak tunggu yg dari Overseas. Apa lagi. Terus rembat. Ni pun beli dan guna Free Shipping voucher dengan coins. Jimat jugak dalam RM6.32 hehe.


Dia ada beberapa pilihan warna juga kalau korang nak beli tau. Miraa beli yg warna coklat. Kalau korang nak beli jugak, korang boleh guna code Miraa, NURAMQ55 dan dapat RM8.00 off untuk pembelian pertama korang dalam Shopee. Nak guna untuk beli dekat shop yg lain pun boleh.


Ni gambar Snow mengurut tilam baru dia lepas tu tidur lena aman damai sampai berdengkur. Hahaha. Dengan cuaca sekarang yg sejuk lagi ni memang syiok la dia dapat tidur dalam nest yg lembut lagi empuk. Cuma border dia rendah sikit lah. Lagi-lagi dengan Snow yang gemuks ni memang penyet jadinya terus. Tapi tu lah, tak tahu berapa lama ja dia akan tidur dalam nest dia ni. Plan nak tabur catnip biar dia suka dengan nest dia ni hahaha.


Ini gambar sebelum dia duduk dalam tilam baru dia. Entah kenapa memang dia suka duduk sebelah laptop Miraa ni sambil perasan cute =_= Hahaha. Okay la, kalau korang nak beli dekat kedai yang sama Miraa beli nest ni, boleh klik sini dan jangan lupa pakai code NURAMQ55 untuk dapatkan diskaun RM8 ya. Hehe. Ttfn.

Love,
Tilam Kucing / Round Warm Cat Bed / Cozy Cat Nest murah tilam kucing murah murah malaysia ready stock

CARA BIBIT HALIA DARIPADA TUNAS

$
0
0

CARA BIBIT HALIA DARIPADA TUNAS | Assalamualaikum dan hi fellow readers. Just a quick update in video form. Ini cara-cara tanam halia daripada tunas yang korang boleh buat sendiri dengan mudah dan confirm menjadi punya. Sepatutnya video ni my mom buat update tiap minggu. Tapi disebabkan banjir, semua yg dalam polybag hanyut hahaha. 


Enjoy and ttfn,

Love,

Bawa Kucing Pergi Vaksin Di iVet Petcare Kinrara

$
0
0

Bawa Kucing Pergi Vaksin Di iVet Petcare Kinrara | Assalamualaikum & hi guys. Harini Miraa bawak kucing Miraa, Snow pergi cucuk vaksin. Vaksin pertama dulu bulan Januari. Dan tak tahu pula yg first 3 ni kena tiap bulan berturut-turut haha. Tapi okay lah Snow pun dah neuter. Jadi kalau korang ada plan nak vaksin, jangan jadi macam Miraa hahaha. 3 vaksin pertama tu selang sebulan, baru la nanti vaksin setahun sekali. Hihik.

Jadi untuk vaksin kali ni tak perlu bayar pun. Sebab dulu ambil vaccine combo. RM123 untuk 3 kali tapi nak guna untuk 3 ekor kucing pun boleh. Macam Miraa dulu guna 2 ni untuk Snow dan Boo. Ada balance lagi 1 kali untuk Snow. Combo dia ni sekali dengan ubat cacing & check up. Kalau ubat kutu kena tambah lagi lain. Hari tu sekor RM41 untuk ubat kutu. Kalau korang tak ambil combo pula, RM40. Untuk ubat cacing RM5-8/ikut berat.

Hari ni entah apa entah mood Snow sangat bising dari mula keluar pintu rumah sampai lah ke klinik. Dan ganash sangat dekat kakak yg ada dekat situ haha dulu helok ja. Atau mungkin dia fikir nak kena potong lagi teloww dia kot kan HAHAHA. Siap buang balik-balik ubat cacing yg kakak tu bagi kat dia. Lepas settle ja urusan Snow, terus balik. Sampai rumah terus cari makanan dia hahaha. 

Next appointment 11 Ogos, tapi jatuh hari selasa pulak. Husband kerja, nak naik Grab takut kena reject sebab bawak pets. Miraa pun call semula iVet Kinrara kalau boleh ubah tarikh. Alhamdulillah boleh ubah sama ada 3 hari awal, atau pun 14 hari paling lewat. Nanti Miraa update lagi bila bawak Snow pi klinik ya. Hehehe. Sambil tu, boleh layan vlog Snow ni.


Instagram @ivetpetcare
No tel. : 
📍Keramat, KL 0342654115
📍Sek 23, SAlam 0355453560
📍Sek 16, SAlam 0355243560
📍Kinrara 5, 0380822076
📍3TWO Square, PJ 0379323528

Love,


BLOCK SPAM COMMENTS / SEKAT KOMEN SPAM DI YOUTUBE

$
0
0
BLOCK SPAM COMMENTS / SEKAT KOMEN SPAM DI YOUTUBE | Assalamualaikum & hi fellow readers. Ini cara block perkataan-perkataan yg besar kemungkinan jadi spams. 

1. Tekan gambar profile korang yg atas kanan

2. Lepas tu tekan Youtube Studio

3. Tekan Settings

4. Tekan bahagian Community

5. Nanti boleh isi perkataan yang korang rasa spam dekat bahagian Blocked words

6. Ni kalau korang taknak orang spam link dalam ruangan komen korang. Jangan lupa tekan save

7. Untuk korang cek comment yg kena held for review, korang tekan bahagian comments tu lepas tu Held for review yg tengah tu. Siap

Kalau korang nak tengok video version, boleh tengok video bawah ni ya.


Love,

MY INDOOR PLANTS

$
0
0
Assalamualaikum. Ini antara indoor plants yg Miraa ada. Hehe enjoy.


Love,

Snow The Cat. My Cat

$
0
0

Snow The Cat. My Cat | Assalamualaikum & hi semua. So entry kali ni Miraa decided untuk tulis pasal Snow the cat lah. Dari mana Miraa ambil, bila, mak dia, adik beradik dia semua. Gittew.
Puteh yang dah selesa siap tidur dalam selimut
Sebelum Miraa kahwin dan pindah pi Selangor, Miraa ada banyak kucing. Memang dari kecil ada jaa kucing. Jadi bila mula-mula pindah rumah husband, Miraa menung selalu tunggu dia pulang dari kerja. So one day, ada kucing betina ni selalu datang dekat balcony belakang rumah Miraa. Dulu malu-malu nak masuk. Takat depan pintu ja selalu lepak. Hari-hari Miraa pujuk dia masuk. Salu jugak beli dryfood untuk dia. Lepas tu lama-lama manja giler! Kitorang bagi nama dia Puteh. Walaupun dia tak putih pun. Hahaha.
Puteh dah beranak
11 April 2019, masa ni kitorang belum pasang aircond lagi dekat bilik. Jam 6 pagi tu dia mengiau-ngiau tak berenti. Padahal tingkap dah bukak pun. Dia selalu kalau nak pee atau poo dia keluar, dia tak pee poo dalam rumah ni sebab dia ni memang asalnya stray cat pun. Jadi Miraa pun bagi la dia masuk dalam kotak dia. Miraa jalan, dia ikut keluar. Jam 8.12 pagi macam tu, dia beranakkan Snow. Masa ni dia lari pi bawah iron board sebab terkejut haha maybe her first time giving birth kot. Lepas tu Cloud lahir 8.35am , Ash lahir 9.19am dan Boo lahir 9.31am. Miraa ingat sangat masa-masa dia ni sebab time ni husband nak bersiap pi kerja. Hehehe.

Look at how cute they are!

Snow yang DIVA sangat masa kecik cenonet dulu


Ini catio diorang yang pertama. Tutorial asal sebenarnya pakai dua rak Hejne yang boleh korang beli dekat IKEA. Tapi masa ni beli 1 ja sebab tak tahu nak letak mana. Dan diorang kecik lagi masa ni. Banyak jugak lah dapat kecaman dari cat lover sebab catio diorang kecik sangat. Tapi diorang time tidur / malam ja dalam ni. Siang diorang main kejar-kejar dalam bilik Miraa.


Litter box tertutup ni Miraa beli dekat Shopee RM43.90 dan yang tempat makanan & minuman diorang tu RM28.90 dekat Shopee jugak. Nak share link masa beli tu tapi bila cek, dah sold out. Tapi korang boleh ja cari dekat Shopee. Banyak tu yg jual.

Snow yang suka sangat bermain dengan cable sampai balik-balik rosak dan putus sebab dia gigit!


Ni gambar Snow dengan adik-adik perempuan dia, Cloud & Ash sebelum Miraa dengan husband hantar diorang dua dekat PAWS. Kenapa hantar? Sebab Miraa tak mampu nak spays diorang dua & ada lah sebab-sebab tertentu. Sedih sangat sampai sebulan lebih jugak masih nangis bila rindu dekat diorang. FIL Miraa pun kesian jugak dekat diorang masa nak hantar haritu. "Kesian laa dah jaga dari kecik" Abah cakap hahahaha.

Snow suka jadi bos duduk atas kerusi ni


Btw, Snow ni kesayangan husband Miraa. Tatau lah kenapa. Sebab perangai Snow ni macam dia kot. Eh? HAHAHA. Tiap kali husband pulang dari kerja, mesti dia akan setia duduk depan pintu. Lepas tu suka main kejar-kejar dengan husband Miraa. Tengok lah tu perangai dia!

Muka Snow mengamuk sebab kena bagi mandi hahahaha


Ni gambar lepas balik dari Penang. Masa ni diorang gebus giler!


Dulu masa pergi Langkawi, diorang pernah terlepas dari catio diorang. Nasib baik diorang pergi rumah nenek sebelah je. Lepas kejadian tu, Miraa ada order name tag untuk diorang. Masa Miraa beli ni ada sale. RM3.80 ja untuk 1 pcss termasuk tulisan tu. Tapi sekarang dah normal price RM6.99. boleh klik sini kalau korang berminat nak beli jugak.


26 Jan haritu bawak diorang pergi jumpa vet untuk pertama kalinya. Masa ni Snow okay ja. Tapi Boo yang garang sikit ahahaha. Sepatutnya kali kedua nak vaksin is on 26 Feb tapi masa ni dekat Sabah dan masa balik dari Sabah pula, PKP start. Jadi delay. 

12 April 2020 at Boboy Pet Station
April haritu Miraa ambil promo package dekat Boboy Pet Station untuk neuter dan post-neuter Snow dengan Boo. RM160 untuk seekor yg bawah ni untuk kucing male. Korang cuba tengok IG @boboypetstation punya update untuk promo-promo yang diorang buat. Diorang pun ada buat cat taxi untuk pickup kucing korang. Dari rumah Miraa untuk 2 way, pickup dan hantar haritu RM50. Nanti korang bagi je medical card kucing korang dekat diorang untuk  bawak pergi sunat nanti. Service diorang memang terbaik. Diorang akan whatsapp kita untuk daily update pasal kucing kita selama 4 hari tu. Jadi korang tak perlu risau hehe. Ada video update sekali selain gambar.


Tapi macam yg korang tau, dalam entry Miraa sebelum ni, Boo dah di adopt oleh orang dekat Damansara. Hehe. Boleh klik dekat menu atas bahagian My Pet untuk baca entry Miraa pasal kucing-kucing Miraa tau hehehe.  

Snow makan dry food brand Glory. Kadang-kadang Purina. Wet food pula brand Smart Heart.
Okay lah. That is all from me today about Snow the cat. Our current one and onlehhh baby cat gumuks. Lain kali Miraa update lagi pasal Snow yang terlebih manja dan diva ni. Ahahha. Ttfn.

Love,

CARA TANAM BAYAM BRAZIL & RESEPI

$
0
0

CARA TANAM BAYAM BRAZIL DAN RESEPI | Assalamualaikum & salah sejahtera semua. Untuk entri kali ni Miraa nak story-mory pasal bayam Brazil yang Miraa ada dan alhamdulillah masih hidup lagi sampai sekarang. Ahaks! Miraa beli dulu dekat Shopee je keratan dia sebab tak tahu nak dapat dari mana. RM4.25 untuk 15 keratan bayam brazil. Korang search je confirm keluar punya. Tapi dalam tempoh PKP ni lagi better korang cari dekat nursery lah hehe.

Cara-cara nak semai/benihkan/tanam/biakkan bayam brazil ni sangat-sangat senang tau. Dan rupanya bayam brazil ni paling tak banyak kerenah atau pun tak cerewet langsung HAHA. Apa yang korang perlu buat cuma;
  1. Cucuk keratan bayam brazil ke dalam tanah
  2. Simpan di tempat yang ada cahaya matahari
  3. Rajin siram bayam brazil

Tu ja! Tak perlu pun nak letak-letak baja. Selama Miraa cuba tanam bayam brazil ni memang ada jugak cuba letak baja. Tapi tak banyak perubahan pun. Diorang cuma perlukan cahaya matahari & air yg cukup. InshaAllah tumbuh punya lah. Dan kalau korang nak bagi banyak lagi bayam brazil korang, cuma perlu ulang ja langkah tu bila dah tinggi sikit. Macam Miraa buat ni terlalu kontot haha. Dekut taik idung macin bethuls.

Bayam brazil ni Miraa selalu tumis dengan telur atau jadikan ulam. Rasa dia tak pahit atau berlendir pun. Lebih kurang macam rasa sayur manis. Kalau korang nak goreng jadi keropok pun boleh. Ini cara-cara Miraa selalu masak.
  1. Bayam Brazil Tumis Telur - Panaskan minyak lepas tu masukkan telur dan kacau sampai masak lepas tu boleh masukkan bawang merah sekali. Lepas tu masukkan bayam brazil yang telah dicuci dan simpan garam secukupnya.
  2. Salad Bayam Brazil - Perah limau nipis (asingkan biji limau) dan gaul dengan madu. Kalau madu takdakkk, boleh guna gula merah atau gula biasa pun boleh. Lepas tu campur dekat bayam brazil yang korang dah bersihkan. Kalau nak bayam tu crispy-crispy korang boleh rendam kejap bayam tu dalam mangkuk yg ada ais. Biar dia sejuk kejap lepas tu tos air sampai kering. Nak extra sikit boleh letak cherry tomatoes. Feeling-feeling salad Secret Recipe teruih.
  3. Bayam Brazil Celup Tepung - Yang ni korang bersihkan bayam tu dulu. Dalam pinggan korang campur tepung beras, tepung jagung, serbuk lada putih, serbuk bawang putih, secukup rasa & serbuk cili kalau nak pedas lebih sikit. Lepas tu tak perlu campur air, korang tepungkan je keseluruhan bayam tu dan goreng. Sure rangup krup krap krup krap!
Btw korang jangan lupa subscribe Youtube channel Miraa jugak tau. Search je Miraa Hussin TV atau klik je video atas ni untuk ke channel Miraa. Hehe. Until next time. Ttfn.


Love,

JALAN-JALAN DI MELAKA

$
0
0

JALAN-JALAN DI MELAKA | Assalamualaikum & hi. Okay ini entri yang kita throwback je lah sebab dah lama sangat tak jalan-jalan. Ni entry throwback berabis sebab video & gambar time 3 Mac 2019 HAHAHA. Tapi tak pernah update dalam blog. 


Datang Melaka semua duk pakat gambar kat sini, kitorang pun nak lah jugak! Haha


Lepas tu perut lapar. Pusing-punya pusing last-last makan dekat restoran Asam Pedas Jr. Lepas tu ada stall kecik dan pak cik tu jual ice cream durian. Ada coklat jugak kalau tak silap. Rasa durian dia memang strong. Mulut bau macam makan durian betul ja lepas tu. Harga dua ni jangan tanya la sebab lupa dah wahahah.


Lepas tu kitorang pi makan dekat Justberry. Kedai yg husband & kawan dia pernah pi dulu jugak. Husband siap cakap mango ni fav dia. Hek eleh! Haha. Masa ni Miraa ambil yg watermelon tu. Bapak ah fikir kan sebelum beli, kecik je. Sekali datang. Hamek kau! Husband Miraa dah lah tak suka watermelon. Lepas makan, terus kembung macam watermelon lah. HAHA.

Harga untuk Watermelon Honolulu ni RM25. Choco Lava Rich tu pula RM23, Nyonya Cendol RM6 dan Milky Mango RM16. Dah lah makan sorang, harga paling taknak kalah pulak tu! Hahaha. Okay lah. 
        

Dalam perjalanan balik tu, kitorang ada singgah kedai tomyam dekat Bandar Baru Bangi. To be honest, the best tomyam I have ever tasted so far sepanjang duduk sini. Kalau ada lagi lain, do recommend me where hahaha. Okay lah, video version pun ada. Klik ja play button video dekat bawah ni. Hehehe. Btw untuk entrance fees dekat Taming Sari Tower tu RM17 per person (adult)


Love,

Viewing all 684 articles
Browse latest View live